Tuesday 26 January 2016

Nota Malam


Sumber : Facebook TelekungAlKauthar

Ilmu itu tumpang menumpang. Setinggi mana pun ilmu kita, pasti ada orang yg lebih mengetahui dalam sesuatu perkara berbanding kita. Dan akhirnya, semua ilmu itu balik kepada Allah Yang Maha Mengetahui, hatta apa yang terlintas dalam hati seseorang.

Akhirnya, hamba yang mengetahui hakikat ini akan balik kepada Tuhan, dan mengakui bahawa setinggi mana pun ilmunya, dia seolah-olah tidak mempunyai sebarang ilmu.

".. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui". Surah Yusuf, ayat 76.

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Surah al-Baqarah, ayat 32.

No comments:

Post a Comment