Sumber : Puan Rahmah Yaakob.
Islam itu INDAH. Banyak perkara yang dilarang ada hikmah disebaliknya.
Antara perkara yang patut DIELAKKAN
> Sengaja lewatkan SOLAT melainkan tertidur.
> Masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki. Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
> Makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
> Membiarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
> Tidur selepas solat subuh kerana kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.
> Makan tanpa baca BISMILLAH. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
> Keluar rumah tanpa NIAT untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita MATI dalam perjalanan.
> Usah biarkan mata LIAR dalam perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi DOSA.
> Usah menangguh TAUBAT apabila berbuat dosa kerana MATI boleh datang bila-bila masa.
Moga bermanafaat atas perkongsian ini.
Dari pena - Puan Siti Rahmah Yaakob.
No comments:
Post a Comment